TENTANG KULIT KAYU MANIS

TENTANG KULIT KAYU MANIS

Apa itu Kulit Kayu Manis ?

Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah, dan nama sainsnya adalah Cinnamomum zeylanicum. Ia berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia.

Pokok Kulit Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kulit kayu manis mampu mencegah serta merawat 13 jenis penyakit.

  1. Jerawat

 Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kulit kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada bahagian yang ada jerawat sebelum tidur. Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

  1. Sakit perut

 

           Campuran madu dan kulit kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

 

  1. Selesema

 Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

 

4.Keguguran rambut     

 

 Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kulit kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

 

  1. Sakit gigi

 Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kulit kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

  1. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, minum campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kulit kayu manis.

  1. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada itu. Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kulit kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

  1. Kolestrol

 

 Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya; Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kulit kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 480 ml teh dan minum air tersebut.

  1. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kulit kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

  1. Arthritis (radang sendi)

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kulit kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

  1. Masalah kesuburan wanita

 

Untuk golongan wanita, ambil setengah sudu serbuk kulit kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

  1. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kulit kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

  1. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kulit kayu manis

 

RUJUKAN

  1. http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/khasiat-manfaat-kayu-manis-bagi-kesehatan.html
  2. http://tipspetani.blogspot.my/2016/11/panduan-lengkap-budidaya-kayu-manis.html

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *