KHASIAT KURMA YANG ANDA TIDAK TAHU!

TENTANG KURMA KURMA

Apa itu Kurma?

 

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik.
 

Kandungan dalam kurma

 

1.     zat besi

2.   fosforus

3.   kalsium

4.   tenaga

5.   sodium

6.   potassium

7.   vitamin C

8.   niasin

 

Jenis kurma

Thoory
Buah kurma thoory biasanya kering dengan warna coklat kemerahan dan ketika diawetkan, warnanya berubah menjadi kebiru-biruan.

Khidri

Berwarna merah tua, tekstur kurma ini kering dan kenyal. Rasanya pun tidak begitu manis.

Amer Hajj

Memiliki isi yang tebal dan bertekstur lembut dengan kulit tipis.

 

Ajwa

Banyak yang menyebut kurma ini sebagai kurma nabi. Berwarna hitam gelap, kurma yang hanya tumbuh di Madinah ini bertekstur lembut dengan rasa yang tidak terlalu manis.

Zaghloul

Kurma jenis ini berwarna merah tua dan berbentuk panjang

 

Sekkeri

Walaupun berwarna coklat gelap, kurma sekkeri memiliki isi buah yang begitu lembut

 

Khasiat
1. Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.2. Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan. Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya.

 

3.  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
ah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.

 

5. Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.

 

6. Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

 

f7. Mengubati gangguan usus dan sembeli

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *