TAHUKAH ANDA APA ITU CYST OVARI?

 

Apa itu Cyst Ovari?

 

Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita. Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.

 

Bahaya tak Cyst Ovari ni?
Sebenarnya menurut pakar sebanyak 95% daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.

 

No. Nama Cyst Keadaan Cyst Tindakan
1 Follicular cyst Mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan.

 

Tidak perlu dibedah.

 

2 Corpus luteal cyst Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm.

 

Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

 

3 Hemorrhagic cyst Cyst yang mengandungi darah, ia bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat.

 

Perlu pembedahan segera

 

4 Ruptured ovarian cyst Menyebabkan kesakitan

 

Perlu dibedah segera
5 Endometriotic cyst of ovary Mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan Rahim

 

Perlu bedah.
6 Dermoid cyst ovary atau terratoma Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang Perlu dibedah

 

 Simptom cyst ovari

  • Berasa sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari .
  • Kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal.
  • Kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
  • Perut membesar tanpa hamil
  • Mandul @ kurang subur @ berulang kali gugur
  • tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.

 

Punca cyst ovari

  • Ia terjadi disebabkan tubuh wanita terlebih hormon estrogen, dan kekurangan hormon progesteron. Senang cerita, hormon tak seimbang.
  • Hormon estrogen boleh jadi terlalu banyak disebabkan beberapa faktor termasuk, kehadiran xenoestrogen atau kata lain, hormon yang menyerupai estrogen (xeno).
  • Xenoestrogen menyebabkan hormon estrogen menjadi lebih banyak dari progesterone.
  • Xeno ni terhasil daripada toksin disebabkan kegunaan harian yang melibatkan BPA (plastik) , Pthalates yang digunakan secara meluas untuk menghasilkan barangan plastik seperti bekas makanan plastik, bekas minuman plastik dan Paraben yang digunakan sebagai pengawet di dalam kosmetik dan makanan.
  • Pendek kata, memang almost impossible untuk kita elak kewujudan xenoestrogen di dalam tubuh sebab seharian kita pasti akan guna plastik- air mineral kan dalam botol plastik, pasti akan makan makanan luar atau minuman yang mengandungi bahan pengawet.
  • Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

 

Makanan yang di galakkan

  1. Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
  2. Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang, buncis, sweet pea
  3. Kekacang seperti badam, kacang tanah, black bean, kacang merah
  4. Sayuran seperti kobis, brocoli, bayam,
  5. ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk ubi
  6. Buah-buahan seperti – Nenas & betik
  7. Ubi kayu seperti Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur ke dalam sup untuk di jadikan miso sup)
  8. Teh hijau

 

Makanan yang harus di elakkan

 

  1. Daging merah (kambing & lembu)
  2. Ayam ( Boleh di ambil dalam kuantiti yang sedikit)
  3. Produk tenusu seperti keju
  4. Ikan haruan
  5. Gamat
  6. Bahan perisa
  7. Makanan manis
  8. Minuman berkarbonat
  9. Makanan segera
  10. Makanan ringan
  11. Makanan berlemak/ berminyak

RUJUKAN

  1. http://syokcariduit.blogspot.my/2015/11/kenali-apa-itu-cyst-dan-cara.html

2. https://www.facebook.com/notes/miracle-mask/makanan-yang-aktifkan-cyst/1029784460380110/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *