PETUA KECANTIKAN TRADISIONAL

Petua Kecantikan Tradisional

  • Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu
    dalamΩ memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Pemakanan dan
    gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita.
    Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit
    adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran
    cahaya matahari, rokok dan pengambilan alkohol.
    Boleh kita lihat di luar sana, terlalu banyak produk penjagaan kecantikan dan
    kesihatan kulit yang menjanjikan kulit cantik sempurna dan berseri. Namun tidak
    kesemuanya mampu merealisasikan impian jelita seseorang.
    Daripada anda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan
    bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah
    untuk meningkatkan kesihatan, untuk kulit dan juga untuk penampilan.
    Lemon
    Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada
    permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan
    gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan
    remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.
    Madu
    sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan
    kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali
    untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.
    Kunyit
    Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles
    pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering
    sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu
    untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.
    Serbuk penaik
    Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus
    lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara
    menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan
    keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali
    seminggu.
    Timun
    Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan
    ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap
    hari sebelum tidur.

    Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *