EGOKAH AKU?

EGOKAH AKU? JOM PERIKSA DIRI ANDA DI SINI

Kekadang kita hampir tak sedar yang ATTITUDE kita telah melukakan hati orang di sekeliling kita, ATTITUDE yang macam mana tu ye?  EGO hanya sekadar perkataan yang pendek tetapi akan merosakkan sesuatu perhubungan bertahun-tahun lamanya. Adakah anda mempunyai tanda-tanda EGO ini, Jom periksa di sini

 ERTI EGO

Perkataan lain bagi EGO ialah TAKABBUR.

“Takabbur itu ialah MENOLAK KEBENARAN dan MERENDAHKAN MANUSIA..”

(Hadith Riwayat Muslim)

TANDA-TANDA EGO

  1. Menolak Tuhan.

Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan. Ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

  1. Menolak kebenaran.

Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW.

  1. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya.

Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram.

Contohnya bila kita tegur segelintir orang yang obses k-pop ni:

“Janganla dengar k-pop dan janganlah tengok video k-pop tu. Joget-joget, seksi, lepas tu lirik dia semua ada unsur yang tak elok, mengajak pada pergaulan bebas, cintan cintun bagai. Cukup-cukuplah…”

Lepas tu mereka jawab:

“Apahal kau attack k-pop je? Sikit-sikit k-pop salah. Abis tu, drama melayu, artis melayu semua tu kau tak tegur??”

Aduh. Kita nak tegur dia pasal k-pop sebab dia memang suka tengok k-pop dan layan drama korea. Sebab tu kita tegur dia pasal k-pop. Lepas tu dia bandingkan dosa dia dengan dosa yang lain. Saya tak cakap pun drama melayu yang bukak aurat bagai tu tak salah. Mereka pun salah.

Contoh lain, bila kita tegur:

“Cukup-cukuplah tengok drama melayu mengarut-ngarut tu. Cintan cintun, pergaulan bebas, aurat semua dalam tu. Dah dah la tu… Dosa kot..”

Mereka jawab:

“Ala, kau dengki dah kenapa? Habis tu, orang yang tengok drama English, movie-movie bagai tu kau tak nak tegur?!”

Aduh.. Sejak bila kita cakap tak nak tegur?

Ataupun, contoh lain, kat asrama misalnya:

“Janganlah mencarut. Mencarut tu dosa…”

Lepas dia jawab:

“Ala, senior mencarut  boleh? Takkan kitorang tak boleh? Tegurla senior jugak!”

Macam-macam.

Contoh lain, bila kita tegur parti A bila parti A buat salah, depa akan bagi alasan:

“Ala, parti B buat, kau tak nak tegur pulak??”

Nampak tak apa yang saya nak maksudkan?

  1. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain.

Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

Contohnya, bila ada orang tegur kita, kita balas:

“Kau siapa nak tegur aku? Belajar pun tak habis, exam markah teruk, nak tegur-tegur orang. Haha… Tengok diri kau dulu la beb…”

“Haha… Kau tu ilmu cetek. Ada hati nak tegur aku…..”

“Kau tu muda lagi….Tak payahla nak cakap bab-bab agama ni…”

  1. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri.

Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

6. Bercakap besar dan lantang

Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak.

 

  1. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.

 

Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

8. Mudah marah

Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

9. Sukar meminta dan memberi kemaafan

Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

10. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.

Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

  1. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya.

Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

12. Sangat suka berbahas.

Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah

Contohnya, situasi di mana kita menegur orang yang tak pakai tudung:

“Tutup aurat tu wajib. Marilah kita menutup aurat. Allah memerintah kita semua dalam surah Annur supaya tutup aurat. Bagi lelaki, pusat hingga lutut. Bagi wanita, semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.”

Lepas tu mereka jawab:

“Apa salahnya tak pakai tudung? Apa salahnya nak free hair? Rilex sudah. Sekarang ni dah moden. Ni hak aku untuk tak pakai tudung. Tak payahla nak paksa-paksa. Kau ingat, orang yang pakai tudung ni baik sangat ke??! Aku dah jumpa ramai orang yang pakai tudung tapi perangai takde akhlak dan biadap. So, janganla judge aku ni jahat hanya kerana aku tak pakai tudung! Jangan pandang luaran la oi!!”

And then kita tanya balik:

“Erm… Ada tak dalil dari ayat quran dan sunnah yang membenarkan untuk kita tak tutup aurat?”

Dia jawab:

“Ayat quran tentang tutup aurat tu untuk zaman arab tu. Zaman tu sebab padang pasir, kena la tutup rambut semua takut kotor. Sekarang ni dah moden bla bla bla bla…..”

Nampak tak permainan dia? Bila mintak dalil, dia lari topik. Tak bagi apa dalil pun.

Tapi, tulah. Bila kita ego, kita akan cuba usaha untuk mempertahankan dosa dan kesalahan yang kita buat walaupun kita takde hujah quran, sunnah dan kata-kata ulama’. Kita just ikut akal je, pastu rasa diri hebat dan tak boleh nak dengar teguran orang lain.

 

  1. SUKA MENCARUT

Nabi saw bersabda:

 

بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

“Cukuplah seseorang dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim..”

(H.R. Muslim)

Sebenarnya bila kita suka mencarut, membodohkan orang, membabikan orang, membangangkan orang, mengsialkan orang, keluar kata-kata lucah, kutuk mak bapak orang, itu adalah TANDA SOMBONG.

Janganlah mencarut. Mencarut tu tanda iman masalah. Sebab, hati yang kotor sahaja yang akan keluarkan kata-kata kotor.

TIPU DAYA IBLIS TERHADAP ORANG YANG BERILMU

Ramai juga di kalangan orang berilmu yang ego, sombong dan takabbur. Mereka rasa hebat dengan ilmu mereka, puas hati dengan ilmu, lepas tu memandang rendah, menghina, serta memalukan orang yang tak sependapat dengannya dengan kata-kata nista dan pandangan yang menghina.

Benda ni sangat bahaya! Bahkan, kesombongan orang berilmu, pendakwah dan yang sama waktu dengannya amatlah buruk.

Berkata Imam Azzahabi:

“Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut, tidak  bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu memperbaiki  dan meluruskannya.

PESANAN SUPAYA RENDAH DIRI

1) Cuba anda fahami dengan mata hati ayat quran ni:

“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat ..“

(Al Mujadilah: 11)

Apa yang anda faham?

Dalam ayat ni, Allah sebut bahawa ORANG BERIMAN dan BERILMU akan di naikkan darjat. Dan, tahukah kalian, tanda seseorang itu berilmu ialah dia tidak sombong dan TAWADHUK(rendah diri)?

“Termasuk buah dari lmu yang paling agung adalah sikap tawadhu’. Tawadhu’ adalah ketundukan secara total terhadap kebenaran, dan tunduk terhadap perintah Allah dan rasul-Nya dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah…”

(Bahjatu Qulubil Abrar)

Ramai orang ingat, bila dia ego, sombong, dia adalah MULIA. Dia bangga bila dia dapat rendahkan orang lain, mengutuk orang, mencaci orang, mengaibkan orang, merendahkan orang dan sebagainya. Tapi, sebenarnya mereka langsung tak mulia.

Orang sombong ni ibarat burung. Semakin burung terbang tinggi ke langit, semakin ia di pandang kecil. Sama juga macam kita. Lagi kita meninggi diri, lagi manusia akan pandang kita ni hina dan kecil. Bukan di sisi manusia je, bahkan Allah pun anggap kita ni kecil dan hina.

2) Imam Hajar menyebut dalam kitab Fathul Bari:

“Tawadhu’ adalah menampakkan diri lebih rendah pada orang yang ingin mengagungkannya. Juga, ada yang mengatakan bahwa tawadhu’ adalah memuliakan orang yang lebih mulia darinya.”

3) Imam Hasan Albasri menyebut:

 

هل تدرون ما التواضع؟ التواضع: أن تخرج من منزلك فلا تلقى مسلماً إلا رأيت له عليك فضلاً

 

“Tahukah kalian apa itu tawadhu’? Tawadhu’ adalah engkau keluar dari kediamanmu lantas engkau bertemu seorang muslim. Kemudian engkau merasa bahwa ia lebih mulia darimu.”

4) Yahya bin Ma’in berkata:

“Aku tidaklah pernah melihat orang semisal Imam Ahmad! Aku telah bersahabat dengan beliau selama 50 tahun, namun beliau sama sekali tidak pernah menyombongkan diri terhadap kebaikan yang ia miliki.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *