March 2, 2017

Profil

VISI

Kami Komited untuk mencipta satu rangkaian suplemen alternatif daripada produk-produk makanan yang berasaskan Sunnah. Kami Komited untuk membentuk usahawan yang produktif , progresif dan inovatif.

MISI

Memberi keutamaan dan meluaskan rangkaian produk Halal yang mana berasaskan Sunnah dan sesuai untuk semua. Menyelia dan memberi kemudahan kepada usahawan untuk berkembang dan mengukuhkan pengetahuan perniagaan dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

 

AKTIVITI KAMI

Saffron Integrated Marketing Sdn. Bhd.(SIMSB) ialah pengeluar makanan tambahan Islam di bawah jenama TOK GURU dengan lebih 7 tahun pengalaman. SIMSB merupakan pengedar tunggal bagi jenama MUJEZA dari Kuwait. Antara produk yang diedarkan ialah madu, cuka dan minyak zaitun. Kami melebarkan sayap perniagaan kami dalam bidang penerbitan di bawah jenama TIBBUNA di mana kami menemui banyak manuskrip bernilai daripada individu berpengalaman terutamanya dalam bahan bacaan Islam. Di samping itu, kami juga menyediakan makanan tambahan di bawah jenama MYCUN yang menggabungkan herba Melayu dan makanan sunnah, seperti yang kita sedia maklum bahawa makanan Sunnah telah disyorkan oleh Nabi kita Muhammad SAW .