May 6, 2017

Syarat-syarat untuk menjadi Ejen

Disertakan syarat-syarat untuk menjadi ejen:

1. Ejen mestilah berumur 18 tahun dan keatas .

2. Produk jenama Tok Guru, Tibbuna, MyCun dan Mujeza adalah hak milik yang sah Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd.

3. Setiap ejen perlu berdaftar dengan syarikat Saffron Integrated Marketing Sdn. Bhd. dan akan diberikan nombor ahli ejen masing-masing.

4. Ejen berpeluang memenangi HADIAH serta GANJARAN ISTIMEWA yang ditawarkan oleh HQ.

5. Setiap kali pembelian minima RM 500 layak di beri 25% diskaun dan dikira layak menjadi ejen syarikat.

Cth: RM 500 tolak 25% = RM 375 + urusan pos RM 25 / RM 35 = RM 400 / RM 410.
(Harga termasuk 6% gst)

6. Ejen yang membuat pembelian RM5,000 dengan diskaun 25% setiap bulan adalah ejen AKTIF syarikat. Mana- mana ejen yang tidak membuat pembelian selama 3 bulan berturut-turut akan dianggap TIDAK AKTIF dan HQ boleh menamatkan kontrak sebagai ejen.

7. Produk jenama Tok Guru, Mujeza, Tibbuna dan MyCun boleh di campur-campur dalam satu resit.

8. Produk yang telah di beli TIDAK BOLEH DI KEMBALIKAN kecuali rosak akibat kecuaian syarikat seperti botol produk pecah.

9. Ejen wajib memberikan maklumat diri yang di minta oleh syarikat.

10. Agen perlu mendapatkan testimoni seberapa banyak daripada pelanggan yang boleh membantu menaikkan jualan.

11. Produk yang sudah tamat luput adalah di bawah tanggungjawab ejen sendiri.

12. Ejen bertanggungjwb menjaga kredibiliti produk dan nama syarikat.

13. SETELAH PEMBAYARAN PENUH dilakukan dengan mengemukakan bukti pembayaran (contoh: slip bank), semua pesanan dari ejen akan diproses dalam masa 10 hari bekerja atau selewat-lewatnya dua minggu sekiranya berlaku kehabisan stok produk.

14. Sebarang maklumat berkenaan produk syarikat hendaklah dirujuk kepada syarikat bagi mengelakkan sebarang salah faham dan kecuaian tentang maklumat produk.
15. Ejen dilarang sama sekali bermain harga/ buang harga dan tidak mengikut harga yang diselaraskan oleh HQ, jika didapati ejen berbuat demikian dengan bukti yang kukuh status ejen akan ditamatkan.

16. Ejen diwajibkan/digalakkan hadir kursus atau latihan yang disediakan oleh syarikat bagi menambah ilmu dan membina kemahiran tentang bisnes di sampingkan mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

17. Ejen boleh mempromosikan produk online dan offline.